Wednesday, May 16, 2012

PKR mahu SPRM siasat isu Shafie-Zahida

PKR mahu SPRM siasat isu Shafie-Zahida - Nasional - Sinar Harian:

PKR mahu SPRM siasat isu Shafie-Zahida
Zahida Rafik
PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan bahawa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal mampu memberi wang tunai dalam jumlah yang banyak kepada artis Zahida Rafik.

Kedua-dua pihak berkenaan telah pun menafikan dakwaan itu bulan lalu.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, pihaknya menggesa agar isu ini diberi tindakan sewajarnya dan meminta agar Shafie boleh menjelaskan bagaimana beliau mampu memberi sejumlah wang secara tunai, dalam jumlah yang banyak, kepada Zahida.

“Kita tidak mahu rakyat tertanya-tanya bagaimana seorang menteri mampu memberi wang tunai yang banyak kepada seorang artis. Ini menunjukkan yang beliau telah salah gunakan kuasa sebagai menteri,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Pihaknya juga mendesak agar Shafie tampil dan secara jujur menjelaskan berhubung isu ini bagi membersihkan nama bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi yang sebelum ini dituduh melarikan wang tunai RM200,000.

Menurut Azman, sepanjang tiga tahun bertugas sebagai pemandu peribadi, gajinya dibayar oleh Shafie dan beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana tidak mahu terus tertekan akibat terpaksa menyimpan rahsia besar ini.

“Shafie berjumpa Zahida sekurang-kurangnya seminggu sekali di mana-mana hotel sekitar ibu negara. Setiap kali bertemu, Shafie akan memberi wang tunai dan jumlah yang paling besar pernah Zahida terima berjumlah RM1 juta ringgit, diterima tahun lepas,” dakwa Azman.

“Sepanjang tiga tahun ini, saya tidak pernah membawa wang tunai yang diberi Shafie bersendirian, setiap transaksi di bank melibatkan Zahida”, ujar beliau lagi.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment