Saturday, May 26, 2012

Perkara Paling Besar yang mesti kita jauhkan sampai Hari Kiamat adalah RIBA

PERTAMA
Perkara Paling Besar yang mesti kita jauhkan sampai Hari Kiamat adalah RIBA. 
RIBA HARAM kerana ada larangan yang jelas dalam Al-Quran dan juga Hadith. 
Proses Pengharamannya berlaku selama 4 Peringkat bermula dari 
1) Ayat 39 dalam Surah Rum, 
2) Ayat 160-161 dalam Surah An-Nisa’
3) Ayat 130 dalam Surah Ali-‘Imran 
Sehinggalah Ayat Terakhir yang Mengharamkan RIBA secara MUTLAK iaitu:
4) Dari Surah Al-Baqarah Ayat 275 yang maksudnya:
"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya"

No comments:

Post a Comment