JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitiskan air mata di hadapan kira-kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama yang berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada baginda.
Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak itu bertukar menjadi emosional apabila baginda yang berangkat hadir pada Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu tiba-tiba menjadi sebak ketika bertitah ringkas kepada hadirin.
“Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini (semalam),” titah baginda sambil mengesat air mata, diiringi gema laungan “Daulat Tuanku” oleh rakyat yang menghadiri perhimpunan anjuran Majlis Penyelaras Gabungan Badan Bukan Kerajaan Melayu Negeri Johor (Gabung) itu.
No comments:
Post a Comment