Monday, June 11, 2012

Daftar pemilih baharu munasabah

Kosmo! Online - Negara:


KUALA LUMPUR - Tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang membuat semakan daftar pemilih dari rumah ke rumah kerana tidak berpuas hati dengan senarai daftar pemilih baharu di Selangor dianggap perbuatan bermotifkan politik.
Bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daftar pemilih baharu yang menunjukkan hampir setengah juta pengundi baharu di Selangor adalah munasabah kerana ramai orang yang berhijrah ke negeri itu untuk berniaga dan dijadikan tempat tinggal.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, data terkini juga menunjukkan hampir 600,000 rakyat Malaysia di Selangor masih belum mendaftar.
Menurutnya, jumlah keseluruhan rakyat Malaysia di negeri itu juga merupakan antara yang tertinggi di negara ini.
"Kalau mereka (PR) hendak buat semakan dari rumah ke rumah, terpulanglah, perlu diingatkan bahawa mereka tiada kuasa untuk melihat MyKad orang ramai, mereka bukan pegawai kerajaan untuk suka-suka lihat pengenalan diri orang lain," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam

No comments:

Post a Comment