BALING - Seorang wanita terpaksa menahan derita penyakit misteri sejak dua bulan lalu, yang mengakibatkan tubuhnya berkeruping dan bertompok seperti kesan melecur, termasuk di bahagian mukanya.
Ismilia Ishak, 28, dari Kampung Telok Teduri, Mukim Pulai, hanya mampu terbaring apabila penyakit itu turut memberi kesan kepada pergerakannya.
Suaminya, Mohd Rafi Mohd Rejab, 29, berkata, penyakit isterinya itu semakin ketara sejak dua bulan lalu, mengakibatkan keseluruhan badannya lemah berikutan dipenuhi keruping berbisa.
Menurutnya, selain dia, ibunya, Normadiah Md Daud, 51, turut membantu menjaga Ismilia sepanjangnya dia keluar bekerja. “Sekurang-kurangnya, ada juga yang dapat melihat Ismilia sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak dingini.
“Walaupun keadaan tubuhnya lemah, Ismilia masih lagi mampu bercakap. Namun begitu, kakinya kini semakin tidak berfungsi dan Ismilia hanya mampu terbaring,” katanya kepada Sinar Harian. Mohd Rafi berkata, segala keperluan dan urusan diri Ismilia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada dia dan ibunya.
“Makan dan minum Ismilia akan disediakan oleh saya dan keluarga. Kalau saya keluar bekerja, ibu yang akan memberi Ismilia makan. “Selain itu, Ismilia juga kini bergantung kepada lampin pakai buang apabila langsung tidak dapat bergerak berbanding sebelum ini,” katanya.
Katanya, masalah isterinya itu sudah dibawa ke hospital, tetapi pihak hospital tidak dapat mengesahkan masalah yang dihadapi. “Saya pun tidak tahu apa sebenarnya berlaku kepada isteri saya. Awalnya, masalah itu hanya di bahagian tangan, kemudian merebak ke seluruh badan,” katanya.
Keadaan itu mengakibatkan Rafi dan keluarganya menggunakan khidmat rawatan Islam bagi mengenal pasti masalah Ismilia, selain cuba untuk menyembuhkan penyakitnya itu. Sementara itu, Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan doktor terlebih dahulu.
“Kemudian, barulah kita dapat kenal pasti rawatan yang perlu digunakan untuk merawat masalah Ismilia ini,” katanya semasa melawat keadaan Ismilia, kelmarin. Sesiapa yang ingin membantu Ismilia, termasuk khidmat rawatan tradisional boleh menghubungi Mohd Rafi di talian 017- 4020010.

No comments:
Post a Comment