Apa yang Najib nak tunjuk sebenaqnya nie...
RM38 juta rumah Panda Diutamakan, Rakyat Diketepikan.
DS Najib sanggup minta pinjam sepasang beruang panda untuk “menawan” semula hati orang Cina supaya menyokong BN untuk menang pilihanraya kerana beruang panda merupakan binatang yang mempunyai hubungan yang sentimental dengan orang Cina.
Tanpa berunding, mesyuarat dan mendapat kelulusan kerajaan sebaliknya suka hati mereka laki/bini nak bawa masuk 2 ekor beruang panda tersebut untuk dipelihara di Malaysia dengan kos yang amat melampau tingginya dan terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia. Fakta yang perlu diketahui:
Beruang panda adalah binatang yang sangat sensitif dan mudah mati jika habitat barunya tidak sama seperti yang terdapat di negara China. Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos sebanyak RM38 juta untuk membina rumah 2 ekor beruang panda tersebut;
Rumah tersebut suhunya tidak boleh melebihi 18 darjah; Maka kos penjanaan elektrik selama 24 jam juga perlu diambil;
Makanan beruang panda ialah buluh. Buluh makanan tersebut perlu diimport dari negara China dan disimpan dalam peti sejuk di bawah paras beku: -5 darjah;
Beruang ini perlu dijaga dengan rapi selama 24 jam oleh pekerja “mahir” maka pekerja tempatan tidak layak. Seramai 31 orang pekerja dari negara China perlu tinggal di sini. Segala sara hidup, gaji, emolument dan penginapan perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Kalau nak cuti balik kampung kosnya juga ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
Inilah fakta yang perlu diketahui dan kos yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia semata-mata nak melayani nafsu DS Najib (laki/bini). DS Nazri Aziz kata Arab Spring menjatuhkan kerajaan dengan telefon dan rakyat Malaysia pula dituduh nak menjatuhkan kerajaan dengan garam dan botol mineral maka mari kita panaskan isu beruang panda supaya kerajaan UMNO/BN dijatuhkan kerana sikapnya yang boros dan mengetepikan kepentingan rakyat.
Rakyat Kecewa
No comments:
Post a Comment