Wednesday, June 20, 2012

Dua unit kondominium mewah NFCorp disita

DUA unit kediaman di Kondominium One Menerung di Bangsar milik NFC Sdn Bhd disita polis, semalam bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana syarikat itu.

DUA unit kediaman di Kondominium One Menerung di Bangsar milik NFC Sdn Bhd disita polis, semalam bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana syarikat itu.
KUALA LUMPUR: Dua kondominium mewah milik National Feedlot Corporation (NFCorp) Sdn Bhd, di Bangsar dan dua lot tanah di Putrajaya disita semalam bagi membantu
siasatan kes penyelewengan dana syarikat berkenaan.
Notis penyitaan dikeluarkan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti pengganas) Bukit Aman petang semalam selepas mendapati semua aset berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan kes.Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandis mengarahkan empat aset berkenaan disita serta-merta selepas mendapati ia bukti penting yang boleh membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Penggubahan Wang Haram & Anti Pengganas (AMLAFTA) 2001.
Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandis mengarahkan empat aset berkenaan disita serta-merta selepas mendapati ia bukti penting yang boleh membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Penggubahan Wang Haram & Anti Pengganas (AMLAFTA) 2001.

Perintah itu menyatakan dua unit kondominium One Menerung bernombor B1-2 dan B1-1 di lot 58578, Bangsar, Kuala Lumpur dan dua lot tanah bernombor lot 4 dan lot 5, Presint 10, Bandar Putrajaya, disita bagi memenuhi peruntukan mengikut Seksyen 51(1) AMLAFTA 2001.

Perintah bertarikh 18 Jun yang dikeluarkan kepada Polis Bukit Aman itu juga diarah disiarkan dalam media untuk makluman umum.

Kelmarin, bekas perunding syarikat berkenaan, Datuk Shamsubahrin Ismail, 46, mengaku tidak bersalah atas 17 tuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta antara November dan Disember 2011.
Pada 12 Jun lalu, Shamsubahrin turut tidak mengaku salah tuduhan menipu Pengarah NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Dr Mohamad Salleh adalah suami bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Pada 11 Mac lalu, Shahrizat mengumumkan untuk melepaskan jawatan apabila tempoh memegang jawatan Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April, tetapi kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan BN.

Sebelum itu, beliau menghadapi tekanan politik apabila parti pembangkang menyerangnya dan suami yang didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan kira-kira RM250 juta untuk projek pengeluaran daging NFC itu.

No comments:

Post a Comment