KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 30 November depan untuk pengurusan kes saman difailkan kerajaan Kelantan terhadap PETRONAS berhubung isu royalti minyak.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu dalam kamar di depan Peguam Kanan Persekutuan, Haryati Ahmad yang mewakili Kerajaan Persekutuan dan peguam Rishwant Singh, mewakili PETRONAS.
Pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan memfailkan saman itu dengan menamakan PETRONAS sebagai defendan kerana mendakwa syarikat minyak berkenaan melanggar kontrak pembayaran royalti kepada plaintif berhubung pendapatan minyak.Mahkamah Tinggi pada 18 Januari lalu kemudian membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS supaya kes itu diputuskan berdasarkan isu perundangan mengikut Perkara 14A Perintah Mahkamah Tinggi 1980 dan perkara 33 peraturan sama, tanpa perlu diadakan perbicaraan sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment