GEMENCHEH – Orang ramai dinasihatkan lebih peka dengan tanda-tanda sebagai pesakit mental memandangkan Negeri Sembilan pernah muncul sebagai negeri tertinggi yang mempunyai pesakit berkenaan.
Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Dr Siti Hazrah Selamat Din berkata, semua pihak perlu memandang serius masalah itu dengan menasihatkan rakan, keluarga atau kenalan mereka yang menghadapi tanda-tanda sebagai sakit mental.
Menurutnya, penyakit itu sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat, namun tidak ramai dalam kalangan mereka mengetahui dan mahu mendapatkan rawatan awal dengan berjumpa pakar mahupun kaunselor.
"Dalam tempoh tiga tahun, kira-kira 1,000 kes kesihatan mental direkodkan di negara ini dan statistik berkenaan menunjukkan ianya bukanlah penyakit yang perlu diremehkan dalam kalangan masyarakat.
“Oleh itu, orang ramai diingatkan agar tidak memandang remeh masalah ini," katanya ketika menyampaikan ceramahnya pada program Kesihatan Mental anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh di Dewan Theathreate Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (Itqan), dekat sini, kelmarin.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abdul Aziz; Pegawai KK Gemencheh, Dr Norzaliza Razali dan Pengerusi Panel Penasihat KK Gemencheh, Baharuddin Rasid.
Dr Hazrah berkata, terdapat empat jenis pesakit mental iaitu Skizofienia, bipolar mood disorder, kemurungan, kerisauan dan was-was serta nyanyuk.
"Komuniti setempat boleh memainkan peranan dengan memahaminya iaitu pesakit mental bukan bermaksud gila, buatan orang, perlu dikurung sebaliknya dirawat secara berterusan,” katanya.
Beliau berkata, pesakit mental boleh diwarisi melalui keturunan di mana setiap anak mempunyai 13 peratus peluang untuk mengalami masalah sama, bagaimanapun ianya tidak semestinya berlaku.
“Jika diambil contoh penyakit seperti kencing manis juga boleh menjadi penyakit keturunan. Namun sekiranya individu menjaga dan mengawal pemakanannya, mereka tidak akan mewarisi penyakit berkenaan.
“Begitu juga dengan pesakit mental. Sekiranya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan dapat menghindari tekanan, peluang untuk mereka menghidapi penyakit berkenaan adalah kecil," katanya.
Sementara itu, Mohd Kamil berkata, diharap ahli Panel Penasihat KK Gemencheh dapat menjadi penghubung dengan komuniti setempat dalam menyalurkan maklumat mengenai kesihatan mental dan meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai penyakit berkenaan.
“Jika di Gemencheh ini dicatatkan seramai 28 orang sedang mendapatkan rawatan pesakit mental di mana 18 daripadanya adalah lelaki dan 10 perempuan," katanya.

No comments:
Post a Comment