Thursday, June 21, 2012

PINJAMAN KE SEWA ??????...

PINJAMAN KE SEWA ??????.....emmmm ingatkan cuma kena tanggung kos untuk bawa dan penjagaan jer....rupa-rupanya.....

cuba baca petikan berita ni

KUALA LUMPUR, 30 April [BERNAMA] : Malaysia masih berharap China akan meminjamkan ikonnya paling terkenal, beruang panda, sebagai tanda keakraban hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara yang menjalin hubungan diplomatik pada 1974.

Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Tan Sri Pheng Yin Hua berkata Malaysia adalah antara negara pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan China dan kedua-dua negara telah menikmati hubungan diplomatik dan pertukaran perdagangan yang baik sejak sekian lama.

"Ia akan menjadi satu perkara yang amat bermakna jika China dapat meminjamkan beruang panda kepada Malaysia sebagai tanda simbolik hubungan akrab antara kedua-dua negara. Banyak negara telah mendapat manfaat daripada dasar diplomasi panda. Kami berharap China dapat meminjamkan panda kepada kami," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Beliau berharap kerajaan Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat China mengenai perkara itu supaya Malaysia mendapat peluang menyaksikan "khazanah kebangsaan" China itu akan berada di bumi Malaysia. "Ini yang diharapkan oleh rakyat negara ini dan mereka pasti amat menghargainya," katanya.

Beruang panda merupakan haiwan liar dan hadiah popular China yang dilihat telah mempereratkan hubungan diplomatik selepas negara itu memperkenalkan semula diplomasi panda pada 1950-an di mana antara 1958 hingga 1982, China memberikan 23 panda kepada sembilan negara.

Satu daripada peristiwa penting daripada diplomasi panda ialah kerajaan China menghadiahkan dua ekor panda, Ling-Ling dan Hsing-Hsing, kepada Amerika Syarikat pada 1972 selepas lawatan bersejarah Presiden Richard Nixon ke China dengan Presiden Nixon membalasnya dengan menghantar dua ekor lembu jantan.

Pada 1984, bagaimanapun, panda tidak lagi digunakan khusus sebagai ejen diplomasi berikutan China mula menawarkan panda kepada negara lain sebagai pinjaman selama 10 tahun, dengan terma pinjaman termasuk yuran sehingga US$1,000,000 (RM3 juta) setahun dan syarat anak panda dilahirkan sepanjang tempoh pinjaman itu adalah milik China.

Sebelum ini, terdapat cubaan untuk membawa panda ke Malaysia tetapi perkara itu tidak menjadi realiti kerana ia melibatkan proses yang amat rumit dan sukar yang termasuk kos tinggi bagi penyelenggaraan dan membabitkan perjanjian antara pemimpin kedua-dua negara.

P/S : Wakakakakkakakkkk....ada yg tersirat rupanya..kuikuikuikui..
PANDA DIDULUKAN....

No comments:

Post a Comment