Tajuk Berita: "Salamah kepada Iran: Hentikan Tangan kamu dari darah rakyat Syria sebelum kamu meraikan syuhada' kami."
Pejuang kebangkitan rakyat Mesir, Syeikh Hafidz Salamah menyeru Iran supaya berhenti dari menyokong rejim Syria yang telah menumpahkan darah rakyat awam yang tidak berdosa sebelum mereka berhasrat meraikan keluarga syuhada' Mesir yang terkorban di tangan pasukan keselamatan rejim Husni Mubarak dalam Revolusi 25 Januari lepas.
Untuk makluman semua, kerajaan Iran minggu lalu mengundang seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam revolusi Mesir ke Iran bagi diraikan dalam satu majlis bersama-sama Presiden Iran, Ahmedinejad.
Walaubagaimanapun, sebahagian besar keluarga tersebut menolak jemputan kerajaan Iran tersebut dengan alasan "Iran mempunyai niat yang lain". (Sila rujuk berita yang disiarkan admin sebelum ini). Hanya 30 keluarga sahaja telah memenuhi jemputan dan mereka telah selamat berangkat ke ibu negara Iran, Tehran minggu lalu.
Salamah turut mengecam negara Iran yang cuba menyebarkan fahaman Syiah ke negara tersebut di sebalik jemputan mereka terhadap keluarga mangsa melalui pemberian hadiah dan sumbangan duit.
Beliau berkata,"Sebagai ganti daripada kamu meraikan keluarga mangsa yang terkorban dari rakyat Mesir, lebih baik kamu hentikan kerjasama kamu yang menumpahkan darah rakyat Syria. Rakyat Mesir bukan seperti yang kamu gambarkan, sanggup menjual darah anak mereka kerana mahu memperoleh sedikit ganjaran duit dan hadiah."
Sepanjang Revolusi 25 Januari yang menumbangkan rejim Mubarak, lebih 1,000 rakyat Mesir terkorban dan 3,000 yang lain mengalami kecederaan. Kebanyakan mangsa dibunuh oleh pasukan keselamatan yang menggunakan kekerasan bagi menyekat kebangkitan rakyat yang berada di bawah penguasaan kuku besi selama 30 tahun.
No comments:
Post a Comment