MUMBAI 14 Jun - Kisah permusuhan pelakon jelita Bollywood, Priyanka Chopra dan isteri kepada Shah Rukh Khan, Gauri Khan sering menjadi perhatian media dan peminat industri seni.
Permusuhan antara kedua-dua wanita tersebut dikatakan berpunca daripada sikap Gauri yang cemburu melihat keakraban Chopra bersama suaminya.
Namun, media baru-baru ini melaporkan permusuhan kedua-dua wanita itu telah berakhir.
Sebagai tanda memulakan persahabatan, Gauri dilapor bakal menjemput pelakon jelita itu hadir ke majlis makan malam di rumahnya.
Sebelum ini, isteri kepada bintang pujaan Bollywood itu bertindak menghalang suaminya daripada bekerjasama dengan Chopra termasuk menyisihkan pelakon tersebut.
Chopra dalam pada itu turut menerima kesan daripada konflik yang berlaku apabila peminat Shah Rukh Khan melabelnya sebagai 'perempuan jahat' selain menerima layanan dingin daripada pelakon-pelakon lain. - AGENSI
No comments:
Post a Comment