Friday, June 15, 2012

kebiadapan melampau para pemimpin UMNO mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.

Admin adalah rakyat yang sangat kerdil untuk menasihatkan Raja-Raja, maupun meperingatakan semula sejarah hitam lampau mengenai kebiadapan melampau para pemimpin UMNO mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.

Tetapi demi Allah dan demi Agama, Raja-Raja tak perlulah begitu sensitif dengan sebarang teguran dari rakyat, melainkan teguran itu menderhakai Raja-Raja. 

Menderhakai itu membawa maksud menentang Raja-Raja, menentang Raja-Raja berperlembagaan, menghina Raja-Raja dengan perkara yang tidak betul, mempersoalkan kedudukan Raja-Raja seolah-olah Raja-Raja tidak dipertahankan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan. 

Selepas Pindaan Perlembagaan yang disetujui oleh semua Raja-Raja, kecuali keatas beberapa perkara yang khusus, Raja-Raja di Malaysia hampir menyamai Raja (Takhta) di England, iaitu berbentuk "ceremonial". 

Pindaan Perlembagaan itu dipaksakan keatas Raja-Raja oleh Kerajaan UMNO/BN dan semasa proses pindaan itu berlangsung seluruh jentera Kerajaan UMNO/BN ketika itu mengambil sikap yang sangat biadap terhadap Raja-Raja dan admin masih ingat terlibat bersama PAS mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, 

Amat sedih dan pilu pada waktu itu bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian yang begitu "kurang ajar" dan biadap tiada taranya terhadap Raja-Raja. 

Tetapi apakan daya, kuasa politik berada di tangan UMNO, dan tiada Raja-Raja yang murka diatas tulisan-tulisan yang menghina Raja-Raja yang dipaparkan. 

Kenyataan YB Ir Nizar jika dibandingkan dengan kenyataan-kenyataan pimpinan UMNO pada waktu itu di Utusan Malaysia dan Berita Harian langsung tidak sama taraf kebiadapan dan kurang ajarnya kenyataan-kenyataan pimpinan para UMNO.

Para pemimpin PAS bersama-sama dengan Parti Semangat 46 ketika itu dibawah panji Angkatan Perpaduan Umah ( APU ), mempertahankan Raja-Raja pada waktu itu.

Merekalah dengan cergas dan lantang menentang UMNO yang mempersendakan kedudukan Raja-Raja.

Inilahlah sejarah yang cuba dipadamkan kepeda pengetahuan dan ingatan rakyat jelata. 

Semoga Raja-Raja mengingati peristiwa hitam Pindaan Perlembagaan tersebut.

Peristiwa hitam itu cuba ditimbul dan mainkan semula oleh media Kosmo, media kepunyaan dan milik UMNO sendiri dengan mempersendakan secara melampau bidaan bernilai RM520,000 no plate WWW 1.

Mohon bandingkan apa yang di tweet oleh YB Ir Nizar dengan apa yang dipaparkan diakhbar Kosmo.

Paling utamanya YB Ir Nizar sudah pun memohon maaf secara terbuka seandainya apa yang beliau tweetkan itu menguris perasaan DYMM Sultan Johor.

Sehingga kini pihak akhbar Kosmo masih dengan sombong dan angkuh membisu seribu bahasa, memohon maaf jauh sekali.


p/s: sekadar membongkar sejarah-sejarah lama yg jarang2 org umno SEDIA MAKLUM bukti PENDERHAKAAN ciptaan mereka sendiri. Ini HAKIKAT & FAKTA SEBENAR ibarat meludah ke LANGIT jatuh TERKONO MUKA SENDIRI yob ~ kikiki.. ^__^


Ikhlas-DF

No comments:

Post a Comment