Monday, July 2, 2012

Ambiga terima ugutan bunuh

Ambiga terima ugutan bunuh - Semasa - Sinar Harian:

ambiga
Ambiga
SHAH ALAM – Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga menerima kiriman emel ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya, kelmarin.

Difahamkan, kandungan emel tersebut memaparkan dua nama lelaki yang diupah, dipercayai untuk membunuh beliau.

Menurut sumber, kiriman itu dihantar kira-kira jam 5 pagi dan disedari Ambiga pada jam 1 tengah hari melalui telefon bimbitnya.

“Bimbang dengan keselamatannya, laporan dibuat di Balai Polis Travers pada hari kejadian. Dipercayai, pengirim menggunakan nama kumpulan gengster bagi menakutkan beliau,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

No comments:

Post a Comment