MUAR - Kanak-kanak menderita penyakit jantung berlubang dan bermasalah dua saluran injap jantung sempit, Nur Farah Athirah Balqis Razak, 3, kini hanya memerlukan RM4,850 daripada RM6,200 untuk kos tambahan pembedahannya.
Menurut kakak sulungnya, Farah Zuliyana Razak, 23, dia dan keluarganya bersyukur kerana terus menerima sumbangan daripada orang ramai dan setakat semalam, sebanyak RM500 lagi dimasukkan ke dalam akaun mereka.
"Alhamdulillah, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya," katanya.
Ditanya keadaan Balqis, Farah berkata, adik bongsunya itu kerap menangis sejak mengalami demam tiga hari lalu.
"Esok (hari ini) kami akan membawanya ke Hospital Muar untuk mendapatkan rawatan mata," katanya.
Pada 27 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan rayuan sepasang suami isteri untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai bagi menampung kos tambahan pembedahan Balqis sebanyak RM6,200.

No comments:
Post a Comment