Thursday, July 12, 2012

Hakim Zabidin didakwa terkhilaf



PIHAK pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan di Putrajaya supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful.


KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan agar mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pihak pendakwaan juga memohon supaya Ketua Pembangkang itu disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu.
Katanya, ini kerana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mendengar perbicaraan kes liwat itu terkhilaf dalam memutuskan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada Mohd. Saiful.
Pihak pendakwaan berkata, Mohamad Zabidin telah membuat penemuan pada akhir kes pendakwaan bahawa “Male Y” yang diperoleh daripada profil DNA yang dianalisis oleh ahli kimia, Dr. Seah Lee Hong adalah daripada ekstrak air mani yang mana berpadanan dengan profil DNA yang diperoleh daripada sampel-sampel yang diambil dari lokap yang dihuni dan digunakan oleh Anwar.
Ini adalah antara alasan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuan yang difailkan petang Isnin lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful.
Dalam petisyen itu, pihak pendakwaan mengemukakan sembilan alasan.
Pihak pendakwaan berkata, Mohamad Zabidin pada akhir kes pendakwaan juga telah memutuskan bahawa tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat Deputi Superitendan (DSP) Blacious Judy Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperoleh dari sel lokap itu untuk mengusik sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd. Saiful.
Ia juga menyatakan bahawa hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat itu dapat memperoleh sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperoleh daripada sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh Anwar yang diambil dari lokap.

No comments:

Post a Comment