Monday, July 23, 2012

'Tuduhan Umno bagai menghina artis'

'Tuduhan Umno bagai menghina artis' - Politik - Sinar Harian:

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis.

Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah.

“Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu.

"Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Umno terdesak apabila melihat perkara baru dalam perjuangan Pas, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataanseperti itu.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment