Thursday, August 9, 2012

Jawatankuasa Khas minyak satu olok-olok...


TAK usahlah pejuang royalti minyak Kelantan dan lain negeri Pantai Timur Semenanjung ghairah dan terpesona dengan penubuhan Jawankuasa Khas mengenai manfaat minyak seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib sebagai mengatasi kemelut tuntutan royalti yang dipertikai itu.

Tidak lain ia adalah satu taktik bagi mengelakkan kerajaan pusat dari menunaikan tanggungjawab akta Petronas dan ia juga satu modal kempen yang murah bagi BN menjelang PRU 13.

Bukan baru ini Perdana Menteri menubukan Jawatankuasa Khas atas beberapa perkara. Semua jawatankuasa khas itu kosong dan tipu daya semata-mata bagi menyedap pihak yang menuntut.

Perdana Menteri Najib sudah menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen tentang pembaikan pilihanraya. Berbulan-bulan badan itu bersidang. Apa hasilnya? SPR dan peraturan pilihanraya tetap di takuk lama.

Orang bising tentang undang-undang kejam ISA dan AUKU. Tidak janji untuk buat transformasi mengenainya. Ditubuh badan membuat kajian. ISA tukar nama, kezaliman undang-undang tidak berubah. Apa yang baru dengan akta universiti dan kolej? Ia seolah-olah olok-olok saja.

Orang menuntut jawatankuasa kajian kekejaman polis atas Bersih 3.0. Dia tubuhkan jawatankuasa Hanif Omar. Bekas Ketua Polis Negara itu telah dijadikan mangsa untuk diperkuda. Tetapi tiada apa yang adil dari jawatankuasa Hanif Omar itu sebalik menjadikan anggota badan itu jatuh nilai di sisi umum.

Sekarang Najib mahu memperalatkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid yang namanya dililhat tinggi kerana penghakimannya atas kes Anwar Ibrahim. Saya kesian Tun Hamid akan jadi kuda tunggangan yang baru bagi melindungi jenayah kerajaan BN sejak zaman Mahathir hingga sekarang atas penyelewengan royalti minyak.

Saya kenal Tun Hamid rakan semasa belajar dan kami pernah duduk serumah sewa. Sebagai rakan, saya nasihatkan Tun Hamid jangan biarkan diri jadi mangsa baru Najib dan kerajaannya yang amat rapuh sekarang.

Jika jawatankuasa khas itu untuk mengkaji janji akta Petronas supaya ia tidak dilangsaikan kepada negeri-negeri yang berhak, ia sama seperti tindakan ulama-ulama Yahudi mengkaji Taurat bagaimana perintah kitab suci itu tidak dilaksanakan.

Yahudi telah pinda Taurat. Jangan Tun Hamid pula digunakan bagi menggelapkan pelaksanaan akta Petronas. Jika Tun Hamid bertindak jujur bagi memperakukan janji akta itu kepada negeri-negeri, maka percayalah laporan jawatankuasa khas itu nanti akan ditawakuf dari pengetahuan umum.

Mengapa jawatankuasa Tun Hamid itu untuk kajian ngeri-negeri pantai timur Semenanjung saja? Mengapa tidak merangkumi negeri minyak yang lain iaitu Sabah dan Sarawak? Bagaimana kalau Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan Pakatan, maka pembayaran faedahnya akan jadi seperti di Kelantan dan Terengganu?

Jawatankuasa ini adalah bagi mengelakkan Najib tidak disoal dalam kempen PRU 13 dan dia tidak perlu menjadi tuntutan Tengku Razaleigh yang mahu royalti buat Kelantan itu diselesaikan sebelum PRU13.

Kerajaan Kelantan dan pejuang royalti minyak tidak perlu peduli dengan penubuhan Jawatankuasa khas itu. Boleh hantar wakil untuk dengar apa yang dibincang, tepi tidak perlu campur perbincangan.

Memadai kerajaan Kelantan berpegang dengan janji Buku Jingga bahawa hasil minyak itu akan dipulangkan kepada negeri yang berhak. Ia tidak sekadar royalty lima peratus sebagai yang dijanjikan oleh akta, bahkan ia akan dinaikkan keapda 20 peratus.

Jika Pakatan Rakyat menguasaai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menunggu laporan Jawaatankuasa Tun Hamid seslepas kerajaan baru dibentuk.

Sesudah menyaksikan banyak jawakuasa yang Najib tubuh jadi seperti cerita sidang sang tikus untuk memasang loceng di leher kucing supaya tikus tahu ada kucing bila bunyi loceng. Ia cerita dongeng. Jawatankuasa khas itu juga satu dongeng. Pimpinan Pakatan jangan masuk perangkap Najib lagi bagi mengelak tangan yang sama dipatuk ular sama dari lubang yang sama.


http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=22155

No comments:

Post a Comment