"Ada sesiapa boleh sahkan artikel di bawah ini mengenai kos pentadbiran PTPTN yang keterlaluan, begitu banyak kadar bunga (riba) seperti Along? Ada yang bayar balik pinjaman PTPTN RM150 sebulan, RM70 dari jumlah tersebut ialah untuk kos pentadbiran. Ada yang bayar balik RM63 sebulan, RM50 adalah untuk kos pentadbiran. Jika benar dakwaan di atas, apa pandangan para Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini?
***********
Sekarang Baru Paham Kenapa Mansuh PTPTN
July 25, 2012
Yang ramai tak berpuas hati adalah KOS PENTADBIRAN akan sentiasa jalan selagi belum abis bayar pinjaman PTPTN. Ramai adik adik kita yang kat Universiti tu tak akan baca betul betul syarat perjanjian, termasuk aku. Okey itu PTPTN menang.
Contoh: Kos pentadbiran bagi pinjaman Diploma dan Ijazah RM70 sebulan. Jika setiap bulan anda membayar RM150 maka hanya RM80 akan di tolak dari jumlah pinjaman itu. Sumber: akubypojie.blogspot.com
***********
PTPTN Dan Kos Pentadbiran
Ya, entri 1 Januari 2012 berkisar kepada kekecewaan aku terhadap PTPTN. Aku dah start bayar balik pinjaman tuh. Dan untuk tahun pertama bayaran ni , hanya RM 63 sebulan. Sikit bukan?
Ok, yang buat jantung aku nak gugur ke bumi malaysia terchenta sangat ni, selepas di tolak 3% kos pentadbiran yang megarut sangat tuh, Aku hanya membayar Rm10 setiap bulan untuk duit pinjaman yang aku dah guna masa study dulu. Lagi RM 53 adalah untuk kos pentadbiran. Sumber: conteng-cakarayam.blogspot
No comments:
Post a Comment