Tuesday, September 4, 2012

Ahmad Boestamam


(30 November 1920 - 19 Januari 1983)
Nama asal : Abdullah Thani bin Raja Kechil 

Seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau pernah ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali.

Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan seorang pemidato yang handal. Beliau di anugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak pada tahun 1976 membawa gelaran Datuk.

Kegiatan Boestamam dalam bidang kewartawanan ini telah menyebabkan beliau terlibat dalam arus kerancakan nasionalisme Melayu yang sedang memuncak pada tahun 1930-an. Beliau telah turut sama memberi pendapat dan cadangannya bagi memperbaiki kelemahan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu daripada tekanan kerajaan British dan saingan kaum pendatang. Walaupun tulisannya tidak setajam rakan-rakannya yang lain, tetapi beliau telah melahirkan pendapatnya dalam nada dan pendapat yang sama dengan mereka. Persamaan harapannya untuk memajukan orang Melayu sudah cukup untuk membolehkan beliau terlibat secara langsung dalam kegiatan nasionalisme orang Melayu.

Dua tahun selepas menunaikan fardu haji, beliau meninggal dunia pada tahun 1983 kerana penyakit barah paru-paru. Dengan itu, maka tamatlah perjalanan hidup seorang tokoh politik yang sangat dinamik dan menarik yang telah memberi warna-warna garang dan terang serta corak yang berliku-liku dalam kehidupannya dan politik Malaysia khasnya. Kepentingan beliau dalam sejarah politik Malaysia tidak akan dilupakan.

#Antara jawatan yang pernah disandang oleh Ahmad Boestamam ialah :

Penulis pojok akhbar "Saudara";
Anggota Persatuan Melayu Perak (PMP) pada tahun 1937;
Penolong Setiausaha Kesatuan Melayu Muda (KMM);
Pengasas Gerakan Kiri Tanah Air (KITA);
Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API);
Pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM);
Ketua pengarang akhbar harian, "Suara Rakyat";
Ketua Pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM);
Pemimpin Parti Rakyat Malaya (PRM) pada tahun 1955;
Setiausaha Kehormat Kongres pada tahun 1957;
Ahli Dewan Rakyat kawasan Setapak 1959-1963.

#Selain daripada bergiat dalam politik, beliau juga berjaya menghasilkan tidak kurang daripada 15 buah novel. Beliau adalah penterjemah, novelis, penyajak dan juga dianggap penulis yang cukup disegani. Antara bukunya ialah :

Pacar merah Malaya. Singapura: Halmy, (1948).
Gelap menjelang terang. Singapura: Geliga, (1956).
Kabus pagi. Singapura: Geliga, (1958).
Api Dan Air Mata (1967)
Rumah Kaca Di Gegar Gempa (1969)
Merintis Jalan Ke Puncak (1971)
Tujuh Tahun Malam Memanjang (1976)
Sorotan Sekilas (1981)
Lambaian Dari Puncak (1983)
Testament Politik API
Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api (2004)

No comments:

Post a Comment