Tuesday, September 4, 2012

Dr Burhanuddin Al-Helmy

Dr Burhanuddin Al-Helmy dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Haji Mohamad Noor dan Sharifah Zaharah bt Habib Osman di Kampung Changkat Tualang, Mukim Kota Bharu, Gopeng, Perak pada tahun 1911. 

Pada tahun 1926, beliau menuntut di sekolah agama kelolaan Syeikh Mohamad Khatib Minangkabau di Sungai Jambu, Batu Sangkar, Minangkabau, Sumatera. Bertukar belajar di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Pada tahun 1927 beliau menyambung pelajaran di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Aligrah, New Delhi, India di dalam bidang falsafah dan sastera pada tahun 1934.

Selepas Perang Dunia ke-II, Dr Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.

Dr Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan ketika menghadapi sunnah perjuangan. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment