Google sasar tarik 50,000 PKS
$entry.content.caption.value
TEHERAN - Iran menyekat YouTube dan pemiliknya Google sejak hujung minggu lalu ekoran penyiaran filem menghina Nabi Muhammad SAW, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sejak awal bulan ini.
Kedua-duanya disekat atas "pemintaan ramai", kata agensi berita separa rasmi Iran, Mehr semalam.
"Google dan YouTube terus membawa klip filem yang menghina kepercayaan masyarakat kami," kata agensi itu dipetik CNN.
Kamran Saghafi dari Majlis Tertinggi Internet di Iran memberi amaran kepada rakyat negara itu agar tidak akses YouTube dan Google.
"Pengguna Internet harus secara sukarela berhenti daripada menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini dan tidak harus cuba sama sekali untuk berhubung, meskipun hanya cuba untuk melihat sama ada boleh berjaya atau tidak," lapor Mehr memetik Kamran.
Katanya, majlis tersebut tidak terlibat dalam keputusan menghalang penyedia perkhidmatan Internet terbesar itu tetapi tindakan itu adalah sahih dan dibenarkan.
Mehr melaporkan bahawa keputusan itu diambil oleh Menteri Teknologi yang bertanggungjawab atas soal menapis Internet.
Minggu lalu, Kementerian Luar Pakistan menggesa Amerika Syarikat mengeluarkan filem kontroversial itu dari YouTube.