25 September 2012
SOLO - Pangkalan kumpulan militan Solo yang diserbu pasukan antipengganas, Sabtu lalu, dikatakan lebih kreatif kerana melakukan pengubahsuaian dengan menggabungkan bahan letupan bersama beberapa bahan lain.
"Kami menemui pelbagai peralatan untuk menghasilkan bom buatan sendiri termasuk 20 botol bahan kimia, alat elektronik, 13 topi peledak dan puluhan periuk nasi," kata jurucakap polis, Boy Rafli Amar.
Setakat ini, Unit Antikeganasan Polis Kebangsaan (Densus 88) berjaya menahan 10 suspek pengganas sejak minggu lalu, dan menyerbu puluhan kediaman yang menyimpan bom buatan sendiri dipercayai milik kumpulan militan yang merancang untuk melancarkan serangan berani mati di negara itu.
"Lapan suspek yang ditahan baru-baru ini adalah daripada Solo, Jawa Tengah dan seorang daripada barat Kalimantan," kata Boy.
Menurutnya, suspek ke-10, Joko Parkit ditahan kelmarin, adalah adik kepada Eko Joko Supriyanto yang ditembak mati oleh polis semasa operasi besar-besaran mengesan militan paling dikehendaki di Asia Tenggara, Nordin M Atas pada 2009. - Jakarta Globe

No comments:
Post a Comment