Tuesday, September 25, 2012

Ahmadinejad kutuk filem anti-Islam



NEW YORK 24 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengutuk filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan anti-Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia Islam.
Bagaimanapun, beliau juga meminta semua pihak bertenang ekoran kejadian itu.
‘‘Pada asasnya, kami mengutuk semua tindakan provokatif, menghina agama dan penganutnya.
‘‘Menghina Nabi Muhammad perbuatan teruk. Ini tiada kena-mengena dengan kebebasan dan kebebasan bersuara. Ini kelemahan dan penyalahgunaan kebebasan dan dalam kebanyakan keadaan ia adalah satu jenayah,’’ katanya kepada saluran televisyen, CNN, semalam.
Beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku dan berharap ahli politik tidak akan bertindak menghina mana-mana tokoh agama.
Dalam pada itu, kira-kira 300 penganut Islam di Filipina hari ini mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan AS di Manila bagi menggesa filem tersebut diharamkan.
Di Athens, polis Greek menggunakan gas pemedih mata dan penyembur lada bagi menyurai tunjuk perasaan di luar Kedutaan AS, semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment