Mahkamah Vietnam menghukum penjara dua penulis lagu semalam kerana memuat naik lagu mengkritik kerajaan ke dalam internet.
Tertuduh dikenali sebagai Viet Khang, dan Tran Vu Anh Binh disabitkan atas kesalahan menyebarkan propaganda menentang kerajaan.
Masing-masing dihukum penjara empat dan enam tahun. Mereka dihukum selepas perbicaraan selama lima jam di Ho Chi Minh, kata peguam bela Tran Vu Hai.
Hukuman itu ditentang Kumpulan Hak Asasi Antarabangsa yang menggesa mereka dibebaskan segera.
Mereka memuat naik lagu ke dalam satu laman web yang dikendali oleh pembangkang Vietnam di luar negara,
Kejadian yang sama berlaku sebulan lalu menyaksikan tiga blogger, dihukum sehingga 12 tahun penjara atas kesalahan yang sama. - Agensi
No comments:
Post a Comment