ASAP tebal menyelubungi bangunan selepas jet pejuang Tentera Udara Syria yang setia kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad melepaskan peluru berpandu, di Marat al-Numan, berhampiran wilayah utara Idlib, Syria, hari ini. - Foto REUTERS |
Aleppo: Kerajaan Syria memang musuh ketat mereka tetapi pemberontak yang cuba menggulingkan Presiden Bashar al-Assad sanggup membayar harga tinggi kepada ejen kerajaan untuk membeli bekalan senjata dan peluru.
Kami membelinya daripada ejen talam dua muka, mereka perlu duit. Duit perkara utama bagi shabiha. Mereka tidak peduli perkara lain" - Mejar Abu Mahar, Pemberontak
Di negara yang mewajibkan perkhidmatan negara, konflik kali ini juga menyaksikan saudara menyebelahi pihak bertentangan.
Tak sukar cari orang tengah
Ada pemberontak yang belot daripada tentera berkata, tidak sukar mencari orang tengah atau rakan lama untuk membantu.
“Kami beli di pasar daripada pengintip Bashar,” kata Mejar Abu Mahar ketika berada di gimnasium yang diubah suai pemberontak menjadi markas di Aleppo.
Dia mendakwa mengetuai 200 lelaki melancarkan misi khas terhadap tentera kerajaan. Namun seperti unit lain, mereka cuma bersenjata mesingan, pelancar bom tangan, raifal dan roket serta bom buatan sendiri.
Tujuh raifal Kalashnikov tergantung dalam keadaan terbalik dan sekotak peluru terletak di sudut pejabat Abu Mahar.
Dia berpaling tadah musim panas lalu daripada tentera udara dan seperti pemberontak lain, terus berhubung dengan pelbagai cawangan tentera kerajaan.
Abu Mahar berkata, sebutir peluru berharga 110 pound Syria (RM4.80) yang dibeli daripada orang kerajaan berbanding RM6 di pasar senjata, tanpa menyebut lokasi pasar itu.
Dia juga mendakwa, kebanyakan bekalan peluru kumpulannya diperoleh daripada shabiha, perkataan yang digunakan untuk merujuk militan diupah kerajaan.
“Kami membelinya daripada ejen talam dua muka, mereka perlu duit. Duit perkara utama bagi shabiha. Mereka tidak peduli perkara lain. Jika anda beri wang, mereka akan jual ibu mereka kepada anda,” katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment