Presiden Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, kerana Gaza menghadapi tragedi kemanusiaan. Beliau menyampaikan kenyataan ringkasnya selepas solat Jumaat di Masjid Fatimah Kaherah City. Beliau mengatakan: "Kami melihat apa yang berlaku di Gaza adalah permusuhan terhadap kemanusiaan. Saya peringatkan dan saya ulang amaran saya terhadap pelaku pembunuhan bahawa mereka selamanya tidak akan boleh memusuhi Gaza. "
"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian" kembali penegasan presiden Mursi. Beliau menambah juga, "Kami tegaskan kepada mereka atas nama rakyat Mesir semuanya bahawa Mesir hari ini berbeza dengan Mesir kelmarin. Bangsa Bersatu hari ini berbeza dengan Bangsa Bersatu kelmarin. "
Di akhir kenyataannya beliau menyampaikan ucapan selamat bagi umat Islam di seluruh dunia dengan datangnya tahun baru Hijrah.
Sementara itu, Perdana Menteri, Dr. Qandil telah selesai mengadakan lawatan dari Gaza atas arahan presiden Mursi sebagai bukti sokongan penuh Mesir terhadap perjuanagn rakyat Palestin.
Hari Sabtu ini, 17/11/12 dirancang Perdana Menteri Turki Erdogan akan tiba di Kaherah guna mengadakan perbincangan kecemasan menyikapi serangan Israel ke Gaza.
Erdogan menegaskan bahawa negaranya berdiri di samping Palestin di Gaza. Beliau menyampaikan dalam sidang akhbar di Istanbul hari Jumaat kelmarin bahawa dirinya akan mengadakan sidang akhbar bersama dengan Presiden Mesir hari Sabtu ini menyatakan sikap bersama atas tragedi Gaza. Beliau juga menyatakan akan menghubungi presiden Amerika Barak Obama, juga Setiausaha Agung PBB membicarakan krisis Gaza tersebut.
Beliau juga menegaskan tidak akan ada komunikasi dengan pihak Israel, kerana tidak ada hubungan apa-apa di antara kami dan mereka. Beliau menyindir Israel yang menyerang Gaza hanya untuk kepentingan pilihan raya yang akan datang, dan ini juga yang dilakukan mereka pada tahun 2008 apabila Israel menceroboh Gaza.
Sumber: FB Ikhwanul Muslimin.
-AMR-

No comments:
Post a Comment