Tuesday, November 20, 2012

syria

|
BM|Ringkasan Peristiwa|Bahagian 2|

Tentera rejim meneruskan serangan mereka ke atas kawasan-kawasan yang ditawan oleh pejuang kebebasan di seluruh negara, membedil sekurang-kurangnya 67 kawasan yang berlainan kebanyakkannya di Homs, Aleppo dan kawasan pinggir-pinggir Damsyik selepas ketiadaan serangan udara di kawasan-kawasan tertentu disebabkan oleh cuaca buruk.

Tentera rejim membunuh lebih 11
0 orang hari ni termasuklah 5 kanak-kanak, 3 wanita dan 36 pejuang kebebasan.
Mereka (pihak rejim) membunuh 47 orang di Damsyik serta kawasan sekitarnya, yang mana setengah dari mangsa dihukum bunuh termasuklah 14 orang yang dibunuh dalam pembunuhan besar-besaran di bandar Daraya apabila tentera rejim dibantu dengan kereta kebal menceroboh bandar tersebut dan melakukan penangkapan dan pembunuhan secara rambang, merompak serta membakar harta benda milik penduduk awam. 14 orang terbunuh disebabkan bedilan dari artileri berat di Raqa, pinggir bandar Tabaqa dan Dabsi Afan sementara 11 yang lain dibunuh di Daraa, termasuklah 4 penduduk awam yang ditembak mati oleh pihak rejim di Suweida dan 4 orang warga Palestin yang turut dibunuh di Sahari. Tentera rejim membunuh 10 orang di Aleppo, 9 orang di Idlib, 8 di Deir Azzour, 7 di Homs dan 2 lagi di Hama.

Jumlah barang dagangan di perlabuhan Tartous menurun sebanyak 27 peratus pada 10 bulan pertama dalam tahun ini menurut jangkaan dari Menteri Pengangkutan Syria. Menurut Imad Abdulhay, timbalan Menteri Pengangkutan,lebih kurang 6.2 juta tan barangan telah diangkut melalui perlabuhan tersebut pada 31 Oktober 2012 berbanding dengan 8.5 juta tan pada tempoh yang sama pada tahun 2011.

|INDONESIAN|Ringkasan Peristiwa|Bagian 2|

Pasukan rezim melanjutkan serangan mereka di kawasan-kawasan oposisi seluruh negara, membom sebanyak 67 kawasan yang berlainan, terutama di Homs, Aleppo dan tepi Damascus, tanpa adanya serangan udara di beberapa kawasan dikarenakan kondisi cuaca yang buruk.

Pasukan rezim membunuh lebih dari 110 warga hari ini meliputi 5 anak-anak, 3 wanita dan 36 tentara FSA.

Mereka membunuh 47 warga di Damascus dan sekitarnya, separuh dari yang dieksekusi, meliputi 14 warga yang dibunuh dalam sebuah penyembelihan lain di kota propinsi Daraya ketika tentara rezim dengan didukung tank-tank militer menginvasi kota tersebut melanjutkan eksekusi, penjarahan dan pembakaran. Beberapa 14 warga terbunuh karena pemboman oleh artileri militer di tepi Raqa, Tabaqam dan Dabsi Afan. Sebelas lainnya terbunuh di Daraa, meliputi 4 warga sipil yang dieksekusi di kota tetangga, Suweida, dan 4 warga Palestina yang juga dieksekusi di kota tetangga, Sahari. Pasukan rezim membunuh 10 warga di Aleppo, 9 di Idlib, 8 di Deir Azzour,7 di Homs dan 2 lagi di Hama.

Volume barang di Pelabuhan Tartous menurun sekitar 27 persen dalam sepuluh bulan pertama tahun ini, menurut perkiraan dari Departemen Perhubungan. Menurut Imad AbdulHay, Wakil Menteri Transportasi, sekitar 6,2 juta ton barang diangkut melalui pelabuhan pada 31 Oktober 2012.

No comments:

Post a Comment