CEYLANPINAR - Turki, semalam, memberi amaran bahawa angkatan tentera mereka akan melancarkan serangan balas jika mana-mana pesawat Syria dikesan mencerobohi ruang udara negara itu.
Menteri Pertahanan Turki, Ismet Yilmaz berkata, mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan tindakan ketenteraan ke atas Syria jika negara tersebut melanggar sempadan.
Amaran keras itu disuarakan selepas kerajaan khuatir konflik tercetus antara tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pemberontak merebak ke barat Ceylanpinar yang bersempadan dengan bandar Ras al-Ayn di Syria.
"Serangan udara dilancarkan sejak beberapa hari lalu di bandar Ras al-Ayn menyebabkan kira-kira 1,000 penduduk kampung berhampiran terpaksa dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga," jelasnya lagi.
Sehingga kini lebih 36,000 dilaporkan terkorban sejak kebangkitan menentang rejim Assad pada Mac tahun lalu manakala ratusan ribu penduduk negara itu terpaksa melarikan diri ke beberapa negara jiran untuk mendapatkan perlindungan. - AP

No comments:
Post a Comment