WORCESTERSHIRE - Ulama Abu Qatada dibebaskan dari penjara hari ini selepas menang dalam tuntutan tujuh tahun daripada dihantar pulang ke Jordan untuk menghadapi tuduhan terlibat kegiatan keganasan.
Beliau dibebaskan dari penjara Long Lartin, tetapi bersyarat.
Abu Qatada masih lagi berada dalam pemerhatian dan hanya dibenar keluar rumah dari jam 8 pagi hingga 4 petang dan mesti memakai tag elektronik pengawasan.
Abu Qatada atau nama sebenarnya Omar Othman berada dalam tahanan di United Kingdom selama tujuh tahun.
Peguam-peguam Abu Qatada memberitahu Jawatankuasa Rayuan-rayuan Imigresen Khas bahawa anak guamnya tidak akan mendapat perbicaraan adil di Jordan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Dalam Negeri, Keith Vaz tidak puas hati dengan pembebasannya.
Katanya, United Kingdom harus memujuk Jordan agar mengetatkan kod jenayah dan menteri-menteri pula harus bekerjasama dengan negara itu bagi membatalkan keputusan mahkamah.
Vaz turut berkata, kes itu terpaksa menelan kos yang amat tinggi sehingga €1 juta.
Peguam Hak Asasi Manusia, Knowles Julian turut memberi amaran kes ini akan berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya jika tidak diselesaikan segera.

No comments:
Post a Comment