IPOH - Selepas 26 tahun tinggal bersama keluarga angkat, rahsia asal usul Norbai’ah Mohamed, 46, akhirnya terbongkar ketika dia mahu melangsungkan perkahwinan pada tahun 1992.
Bapa dan ibu angkatnya, Mohamed Sirin dan Hasnan Manan bertindak menyerahkan sijil kelahiran asal Norbai’ah kepada bakal suaminya sewaktu majlis akad nikah berlangsung.
Norbai’ah berkata, ketika mengetahui asal usulnya, dia terkejut namun majlis perkahwinannya berjalan seperti yang dirancang.
“Apabila saya tahu perkara sebenar, saya cuba mendapatkan maklumat berhubung keluarga kandung daripada keluarga angkat.
“Pada mulanya mereka (keluarga angkat) berat hati untuk menceritakannya tetapi selepas beberapa ketika akhirnya mereka menceritakan sedikit latar belakang mengenai keluarga kandung saya,” katanya.
Norbai’ ah ditemui pada sidang media yang diaturkan Ketua Biro Pengaduan MCA dan Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Lee Kon Yin, di Pejabat Biro Pengaduan MCA dan Barisan BN Perak, barubaru ini.
Dia diserahkan oleh seorang penjual buah di kantin sekolah di Johor Baharu kepada ibu dan bapa angkatnya lima hari selepas dilahirkan di Singapura.
“Mengikut sijil kelahiran asal, saya dilahirkan sebagai Yia Ah Heng pada 10 April 1966 dan dilahirkan di Rumah Bersalin Bukit Panjang, Singapura pada jam 12.50 tengah hari. “Bapa saya, Yia Hung bekerja sebagai buruh manakala ibu saya, Boo Moi Tiang pada ketika itu berusia 40 tahun sewaktu melahirkan saya.
Kedua-dua mereka berbangsa Cina berketurunan Teochew,” ujarnya. Tambahnya, Mohamed yang bekerjadi sebuah kilang di Singapura dan Hasnan bertugas sebagai guru di Johor Baharu memang mengidamkan anak Cina.
Dalam perkembangan berkaitan, Norbai’ah berkata, sewaktu kecil dia bersama kakak angkatnya sering mengusik ketika bermain bersama. Katanya, abang sulung dalam keluarga angkatnya juga merupakan anak angkat kepada ibu dan bapa angkatnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Norbai’ah berkata, sewaktu kecil dia bersama kakak angkatnya sering mengusik ketika bermain bersama. Katanya, abang sulung dalam keluarga angkatnya juga merupakan anak angkat kepada ibu dan bapa angkatnya.
Bagaimanapun, menurutnya, kedua ibu dan bapa angkatnya sudah meninggal dunia pada tahun 2004 dan 2005.
Kini, pada usia 46 tahun, Norbai’ah menetap di Bandar Meru Raya bersama suami, Abd Salam Abdullah, 38, dan tiga orang anak berusia 7, 14 dan 19 tahun.
“Sehubungan itu, saya berharap kepada sesiapa yang mengenali keluarga kandung saya supaya tampil untuk memberi maklumat di mana mereka berada, sama ada di Singapura, Malaysia mahupun di luar negara.
“Saya tidak kira status keluarga kandung sama ada miskin ataupun kaya yang penting saya dapat bertemu semula dengan darah daging saya,” katanya yang menaruh harapan tinggi akan bertemu keluarga kandungnya pada satu hari nanti.
Sementara itu, Kon Yin meminta kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai keluarga kandung Norbai’ah boleh menghubunginya di talian 012-515 1178.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment