Tuesday, December 11, 2012

Krisis Mesir: Tentera diberi kuasa tahan orang awam

Krisis Mesir: Tentera diberi kuasa tahan orang awam - Global - Sinar Harian:

Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Kerajaan Mesir menyediakan kuasa sementara kepada pihak tentera untuk menahan sesiapa sahaja bagi melindungi proses pungutan suara yang diadakan Sabtu ini ke atas draf perlembagaan.
Perintah itu dikeluarkan lewat kelmarin di sebalik pertembungan antara kumpulan membantah dan menyokong draf perlembagaan dibawa Presiden Mesir, Mohammed Morsi.
Langkah itu membolehkan pihak tentera memberi sokongan kepada polis dan berganding dengan mereka bagi melindungi institusi-institusi penting sehingga keputusan referendum diumumkan kelak.
"Undang-undang terbaru ini, yang memberi pihak tentera hak untuk menahan sesiapa yang terlibat dalam kerja-kerja bertentangan dengan undang-undang seperti membakar bangunan atau merosakkan kawasan-kawasan awam hanya untuk memastikan keselamatan ketika referendum," katanya
Sumber memberitahu, "kini presiden bertanggungjawab."
"Dalam usaha memastikan anggota tentera terlibat mengawal proses referendum, satu undang-undang perlu dikeluarkan," kata sumber itu.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment