Saturday, December 22, 2012

Dakwaan VCD seks: Speaker Dun Perak buat laporan polis

 Datuk R. GanesanDatuk R. Ganesan
IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam, yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi ini.
 
Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 21.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari.
 
Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam  masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia dan sekeping VCD dan pada kulit VCD berkenaan memaparkan gambar lucah Ganeson dan seorang wanita.
 
Dalam laporan polis itu, Ganeson mendakwa penerbitan, penerbitan semula dan penyebaran cetakan dan VCD tersebut dilakukan dengan niat jahat untuk mengaib dan memfitnahnya.
 
Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu berkata, laporan itu dibuat supaya polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap
penyebar fitnah.
 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa  Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman turut membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
 
Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa kira-kira pukul 3.30 petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dun Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".
 
Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.
 
Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.
 
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini pada kira-kira 9.30 pagi. - Bernama

No comments:

Post a Comment