Sunday, December 9, 2012

Jepun sedia lancar peluru berpandu

Jepun sedia lancar peluru berpandu - Global - Sinar Harian:

Jepun sedia lancar peluru berpandu
Jepun bersedia dengan ancaman dari Korea Utara.
TOKYO - Jepun akan menembak jatuh peluru berpandu ke Korea Utara jika ia mengancam keselamatan negara Matahari Terbit itu.

Menteri Pertahanan, Satoshi Morimoto berkata, tentera sedia bertindak sekiranya peluru berpandu itu atau mana-mana bahagiannya jatuh ke dalam wilayah Jepun.

“ Jepun turut menempatkan pemintas peluru berpandu jenis Patriot Advanced Capability-3 di Pulau Ishigaki, selatan kepulauan Okinawa,” katanya.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) telah menempatkan kapal tentera dilengkapi sistem pertahanan peluru berpandu di perairan Asia-Pasifik bagi pemantauan.

Pemerintah Pasukan Tentera AS di Asia-Pasifik, Laksamana Samuel Locklear berkata, kapal USS Benfold dan USS Fitzgerald turut dilengkapi pemusnah peluru berpandu.   - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment