Saturday, December 8, 2012

McAfee masuk hospital selepas gagal dapat suaka

McAfee masuk hospital selepas gagal dapat suaka - Global - Sinar Harian:

McAfee masuk hospital selepas gagal dapat suaka
McAfee dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada.
GUATEMALA CITY - Pengasas syarikat perisian John McAfee dimasukkan ke hospital setelah dinafikan suaka politik di Guatemala, semalam.
      
Peguam beliau gagal dalam usaha terakhir untuk menahannya daripada diterbangkan kembali ke Belize untuk disoal siasat berhubung pembunuhan rakan senegara dari Amerika Syarikat.

McAfee memberitahu, dia mengalami sakit dada semalaman tetapi tidak percaya bahawa dirinya mengalami serangan jantung.

Seorang doktor yang memeriksa beliau bersetuju, mengatakan degupan jantung dan tekanan darah McAfee normal tetapi keadaan itu berlaku kerana beliau mengalami tekanan perasaan yang teruk.

McAfee dipindahkan dari pusat imigresen ke hospital, selepas pihak berkuasa Guatemala memberitahu suaka yang dipohonnya itu telah dinafikan. - AP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment