Thursday, December 6, 2012

Penyokong dan penentang Mursi bertempur

Penyokong dan penentang Mursi bertempur: "KAHERAH 6 Dis. - Penyokong dan penentang Presiden Mesir, Mohammed Mursi semalam saling melontar batu antara satu sama lain dan bertempur dengan menggunakan kayu dalam kejadian di Istana Presiden, semalam.

Beribu-ribu penyokong Mursi menyahut seruan Ikhwan Muslimin untuk berhimpun sambil meluang-laungkan slogan `rakyat mahu membersihkan dataran’ daripada penunjuk perasaan pembangkang dan `Mursi punya hak’.

Penyokong Mursi kemudiannya bertindak menghalau kumpulan penunjuk perasaan anti-Mursi daripada Istana Presiden serta mengoyakkan khemah mereka.

Bagaimanapun laporan awal menyebut tiada kecederaan berlaku. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment