myMetro | Enjin jet F-16 Israel kena curi: "BAITULMAQDIS: Sekumpulan pencuri melarikan beberapa enjin jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) bernilai berpuluh juta ringgit dari sebuah pangkalan udara di tengah Israel.
Radio tentera melaporkan, siasatan awal mendapati pencuri mendapat bantuan dalaman, sama ada di kalangan anggota keselamatan atau kakitangan awam. “Polis tentera percaya enjin berkenaan dicuri untuk dijual sebagai besi buruk,” lapor radio berkenaan.
Tidak diketahui bila kecurian itu berlaku. Menurut radio tentera, jurucakap pasukan itu enggan memberi komen, kecuali mengatakan laporan rasmi mengenai insiden itu akan dihantar kepada pendakwa. Tahun lalu, polis tentera Israel melancarkan siasatan selepas komponen jet perang F-15 dan F-16 ditemui di sebuah gudang besi buruk. - AFP"
'via Blog this'

No comments:
Post a Comment