Tuesday, December 4, 2012

Perkhidmatan internet pulih di Syria

Perkhidmatan internet pulih di Syria - Global - Sinar Harian: "DAMSYIK - Perkhidmatan internet dan telefon di kebanyakan kawasan di Syria dilaporkan kembali pulih, kelmarin, selepas terputus selama dua hari.

Sebelum ini, tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pemberontak saling menuduh antara satu sama lain sebagai penyebab insiden itu.

Syarikat Renesys yang memantau gangguan tersebut memaklumkan perkhidmatan itu kembali beroperasi seperti biasa pada jam 4.32 petang (waktu tempatan).

Agendi berita SANA melaporkan perkhidmatan internet di Damsyik dan beberapa bandar lain kembali beroperasi selepas dibaik pulih kumpulan teknikal.

Sementara itu, kumpulan pemerhati hak asasi manusia menyatakan tentera Assad terus membedil pinggir Damsyik dan beberapa kampung berhampiran lapangan terbang kononnya untuk mewujudkan kawasan lingkungan selamat di ibu negara selepas pertempuran pada minggu lalu. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment