25 Februari 2013
HUGO Rafael Chavez Frias atau Hugo Chavez dilahirkan pada 28 Julai 1954, merupakan anak kedua daripada tujuh adik-beradik dalam keluarga berdarah campuran Afrika dan Sepanyol.
Ibu bapanya, Elena Frias de Chavez dan Hugo de los Reyes Chavez tinggal dalam kelompok masyarakat proletariat (golongan bawahan) di Los Rastrojos walaupun mereka bekerja sebagai guru pada masa itu.
Sejak kecil, beliau berminat dengan kisah keberanian Jeneral Ezequiel Zamora yang dilabel sebagai wira di Venezuela.
Idolanya itu memperjuangkan nasib petani (golongan bawahan) yang menuntut hak tanah dan menentang oligarki (pemerintahan dijalankan oleh sekumpulan kecil orang berkuasa sahaja).
Sertai akademi tentera
Ketika berumur 17 tahun, Chavez berhasrat meneruskan pengajiannya di Akademi Tentera di Caracas.
Selepas tamat pengajian pada 1975, beliau ditempatkan sebagai pegawai komunikasi di Barinas selama 12 bulan.
Setahun selepas itu, Chavez dipindahkan ke Anzoategui dan terlibat dalam pertempuran menentang gerila komunis, Red Flag Party.
Chavez melihat di sebalik kekayaan hasil minyak, ramai rakyat di negara itu masih miskin.
Atas kesedaran tersebut, beliau telah mengasaskan gerakan revolusi Tentera Liberasi Rakyat Venezuela (ELPV) yang bergerak secara rahsia pada 1980-an.
Ketika itu juga, Chavez berkahwin dengan wanita pilihannya, Nancy Colmenares daripada golongan bawahan.
Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata bernama Rosines, Maria Gabriela, Rosa Virginia dan Hugo Rafael.
Ketuai rampasan kuasa
Pada Februari 1992, Chavez mengetuai rancangan menggulingkan Presiden Carlos Andres Perez selepas kerajaan memperkenalkan langkah penjimatan ekonomi, namun gagal.
Cubaan rampasan kuasa dilancarkan di bawah Gerakan Revolusi Bolivarian itu turut menyaksikan 18 terkorban manakala 60 lagi cedera.
Chavez akhirnya menyerah diri dan dipenjarakan dua tahun sebelum diberi pengampunan.
Ketika itu, Chavez membuat keputusan untuk meninggalkan bidang ketenteraan menyertai arena politik dan melancarkan Gerakan Republik Kelima.
Penglibatan pemimpin tersebut memberi anjakan paradigma dalam dunia politik di Venezuela.
Penyokong Chavez melabelkan beliau sebagai pembela nasib golongan miskin manakala penentangnya pula menganggapnya sebagai pemimpin diktator kerana cuba menerapkan fahaman sosialisme yang disebarkan oleh Karl Marx.
Anti-Amerika Syarikat
Dalam beberapa kenyataannya sebelum ini, beliau dengan lantang mengutuk Presiden George W Bush kerana didakwa menyokong pihak yang cuba untuk merampas kuasa darinya pada 2002.
Hubungan antara kedua pemimpin itu bertambah buruk selepas Chavez memutuskan hubungan diplomatik bersama Amerika Syarikat (AS) pada September 2008.
Bagaimanapun, hubungan dengan AS kembali pulih di bawah kepimpinan Presiden Barack Obama, tetapi konflik antara dua negara itu masih berterusan berikutan dasar luar yang diamalkan Washington dan sokongan kuat Chavez terhadap Iran dan Cuba.
Berjuang melawan barah
Media mula melaporkan pemimpin itu menderita barah pelvis sejak pertengahan tahun 2011.
Beliau turut dikatakan menjalani rawatan susulan termasuk membuang tumor dan beberapa sesi kemoterapi di Cuba.
Bagaimanapun, tahap kesihatannya bertambah buruk akhir tahun lalu.
Beliau terpaksa menjalani pembedahan kali keempat selepas beberapa sel malignan kembali semula ke kawasan sama (bahagian tumor dikeluarkan).
Baru-baru ini, pemimpin berumur 58 tahun tersebut dilaporkan mengalami masalah berkaitan saluran pernafasan dan beliau kini dirawat di hospital tentera di ibu negara selepas pulang pada Isnin lalu.

No comments:
Post a Comment