Monday, February 25, 2013

Kerbau terlepas dari disembelih



BANGKOK 24 Feb. - Seekor kerbau di Thailand berjaya diselamatkan daripada disembelih, selepas gambarnya disiarkan dalam laman web Facebook.
Apa yang lebih menarik, kerbau yang mempunyai tanduk sepanjang 2.3 meter itu yang dikenali sebagai Ruam Boon dilaporkan akan berlakon dalam filem pula.
Koperasi Filem, Muzik, Seni dan Komunikasi membeli Ruam Boon yang berusia 19 tahun itu dari sebuah kedai penyembelihan di daerah Muang, semalam pada harga 100,000 baht (RM10,000).
Pengerusi syarikat itu, Aroon Ongloar berkata, mereka mengambil keputusan untuk menyelamatkan kerbau itu kerana dia mempunyai tanduk yang cantik selepas melihat gambarnya dalam Facebook.
''Wang digunakan untuk membeli haiwan ini dikumpul oleh ahli-ahli koperasi yang tertarik dengan kecantikan tanduk kerbau itu,'' katanya.
Beliau berkata, Ruam Boon akan dibawa ke Assawin Production House di Nong Khaem, Bangkok untuk diberi latihan sebelum berlakon dalam filem. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130225/lu_04/Kerbau-terlepas-dari-disembelih#ixzz2LvKR0hUg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment