CANBERRA - Israel buat julung kali mengakui pihaknya pernah memenjarakan seorang lelaki warganegara Australia-Israel menggunakan identiti samaran atas sebab-sebab keselamatan.
Lelaki itu mati dalam tahanan tiga tahun lalu.
Pihaknya sebelum ini tidak mendedahkan identiti sebenar banduan dan hanya dikenali sebagai Banduan X tetapi media Australia mendedahkan banduan yang ditahan itu dikenali sebagai Ben Zygier.
Penahanan Zygier bagaimanapun diketahui ahli keluarganya kerana mereka telah dimaklumkan mengenai perkara itu.
Kementerian Pertahanan Israel mengesahkan yang lelaki itu mati kerana membunuh diri dalam sel semasa dalam tahanan pada tahun 2010.
Menteri Luar Australia mengarahkan siasatan dijalankan berhubung penahanan Zygier, 34 dari Melbourne yang dipercayai bekerja untuk agensi perisikan Mossad Israel.
Laporan The Age dari Australia pula melaporkan bahawa rakan keluarga Zygier mahukan keadilan.
Agensi berita Australia melaporkan beberapa bulan sebelum ditahan di Israel, Zygier disiasat oleh Pertubuhan Risikan Keselamatan Australia (ASIO) kerana disyaki menyalahgunakan pasport bertujuan untuk menjalankan pengintipan.
Dipetik kenyataan Zygier pada tahun 2010, beliau berkata, “saya tidak terlibat langsung dengan aktiviti pengintipan. Ini tidak masuk akal."
No comments:
Post a Comment