Thursday, February 14, 2013

Obama janji bertindak tegas ke atas Korea Utara


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar) berjanji bersama sekutu-sekutu AS untuk bertindak tegas ke atas Korea Utara selepas negara itu mengadakan ujian nuklear ketiganya sekali gus mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.
Dalam ucapannya kepada Kongres kelmarin, Obama dengan nada tegas berkata: "AS akan terus mengetuai usaha bagi menghalang penyebaran senjata paling berbahaya di dunia (senjata nuklear).
"Rejim Korea Utara perlu sedar mereka hanya dapat mengekalkan kemakmuran dan keselamatan dengan memenuhi tuntutan masyarakat antarabangsa," tambahnya.
Korea Utara mencemaskan sekutu-sekutunya apabila ia melancarkan ujian nuklear terbaharunya yang disifatkan oleh AS dan Korea Selatan sebagai lebih kuat berbanding ujian nuklear pada 2006 dan 2009.
Korea Utara yang merapatkan barisan di bawah kepimpinan Kim Jong-Un terus berdegil dengan memberi alasan ia terpaksa mengadakan ujian nuklear kerana sikap permusuhan yang ditunjukkan oleh AS.
"Korea Utara tidak akan akur kepada mana-mana resolusi," kata Setiausaha Pertama Korea Utara ke Geneva, Jon Yong-Ryong.
Beliau sebaliknya menganggap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengenakan sekatan ke atas Korea Utara itu sebagai langsung tidak munasabah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2KpR1eONw 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment