Tuesday, March 26, 2013

Enam terbunuh serangan di Iraq




26 Mac 2013
BAGHDAD - Sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang calon pilihan raya terbunuh dalam serangan ke atas pusat kawalan tentera di utara bandar Mosul, 360 kilometer dari barat laut Baghdad, Iraq, semalam.

Dipetik AP, pegawai polis berkata, sekumpulan lelaki bersenjata itu dilaporkan menyerang dua pusat kawalan tentera di utara bandar Mosul hingga mengakibatkan lima anggota terkorban manakala tiga yang lain cedera.

“Kumpulan itu turut menembak mati seorang calon pilihan raya, Salah Khabat ketika mangsa sedang memandu,” katanya.

Menurutnya, insiden ini akan meningkatkan lagi gelombang keganasan di bandar itu termasuk pertempuran antara penyokong Khabat.

“Sehingga kini masih tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab tetapi kami tidak menolak ia dilakukan oleh militan Taliban yang sedang diburu anggota keselamatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment