Tuesday, March 26, 2013

PM Libya digesa letak jawatan




26 Mac 2013
TRIPOLI - Kira-kira 200 bekas pemberontak Libya mengepung pejabat Perdana Menteri, Ali Zidan semalam dan menggesa beliau meletakan jawatan.

Dipetik AP, menurut pegawai, kumpulan berkenaan yang membawa mesej tidak akan mencetuskan keganasan, mahu Zidan digulingkan sejajar dengan undang-undang pengasingan politik yang menolak bekas rejim daripada terlibat dengan politik.

Zidan sebelum ini dilantik sebagai duta di bawah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sekali gus mencetuskan kontroversi kerana undang-undang itu mengharamkan sesiapa sahaja yang bekerja dengan Gaddafi terlibat semula dalam arena politik.

Kumpulan yang menolak Zidan itu bergerak di sekitar Tripoli sejak minggu lalu hingga memaksa pihak berkuasa menambah kawalan keselamatan.

No comments:

Post a Comment