KABUL - Setelah melawat Iraq pada Ahad (24/3/2013) , Setiausaha Negara penjajah Amerika Syarikat (AS) John Kerry terbang ke Afghanistan dalam lawatan mengejut untuk bertemu dengan Hamid Karzai di tengah kebimbangan bahawa Karzai bisa meranapkan "perkembangan "dalam perang melawan Mujahidin.
Menurut laporan The Guardian bahawa Kerry tiba di Kabul pada Isnin (25/3) untuk lawatan selama 24 jam. Dalam kunjungannya itu ia akan bertemu dengan Karzai dan membincangkan sejumlah masalah termasuk "perdamaian" Afghanistan, "pemindahan keselamatan" kepada pasukan pemerintah Afghan dan pilihan raya Afghanistan.
Akhir-akhir ini, hubungan antara rejim boneka Afghan dengan sekutunya AS telah menegang, di antara puncanya adalah masalah korban awam akibat serangan-serangan udara, operasi malam dan penahanan warga Afghan secara sewenang-wenangnya setelah pemerintah Afghan kebanjiran keluhan rakyat berkaitan perlakuan kejam dari pasukan penjajah asing itu.
No comments:
Post a Comment