Friday, April 19, 2013

Polis wajib ada Twitter, Facebook



Jakarta: Sebagai usaha untuk meningkatkan perkhidmatannya kepada orang awam, Ibu Pejabat Polis Tangerang mengarahkan balai dan anggota polis di bawah pengawasannya mewujudkan akaun Twitter dan Facebook.

Ketua Polis Bandar Tangerang Wahyu Widada berkata semalam, laman media sosial boleh membantu polis berkongsi dan menerima maklumat secara langsung dengan penduduk tempatan.


Teknologi terus berkembang dan ramai di antara anggota komuniti kita menggunakan laman rangkaian sosial untuk berkomunikasi serta berkongsi maklumat antara satu sama lain.

“Mengapa tidak kita juga berbuat demikian. Polis juga perlu menggunakan laman itu untuk tujuan sama,” katanya.


Menurut Wahyu, yang lebih penting polis boleh menjalinkan hubungan lebih rapat dengan penduduk supaya pegawai bertugas boleh sedia bertindak serta-merta terhadap sebarangt kejadian atas maklumat yang dihantar oleh penduduk tempatan.


“Anggota masyarakat boleh memaklumkan kepada polis menerusi Facebook atau Twitter mengenai kesesakan jalan raya, kemalangan dan juga jenayah.

“Ia akan membolehkan anggota membuat siasatan susulan hasil daripada maklumat di tempat kejadian,” katanya.


Beliau percaya dengan mewujudkan akaun Twitter dan Facebook akan dapat membantu perkembangan komunikasi dua hala antara polis dengan masyarakat awam. “Kami akan mengerah semua anggota kami membuka akaum laman media sosial popular supaya mereka dapat merasakan hubungan yang rapai dengan masyarakat.

“Penduduk yang memerlukan maklumat daripada polis juga boleh memintanya secara langsung dan mendapat reaksi segera,” katanya. - Jakarta Post

No comments:

Post a Comment