Gaya hidup mewah, skandal punca Juan Carlos kian tidak disenangi
MADRID: Raja Sepanyol, Raja Juan Carlos sebelum ini adalah seorang daripada kerabat diraja paling popular di dunia, di mana media menerimanya dengan baik.
Bagaimanapun kini, hampir separuh daripada rakyat negara itu berpendapat beliau perlu mengundur diri bagi memberi laluan kepada anak lelakinya, Putera Felipe, 45, dan hampir satu pertiga kebanyakan adalah golongan muda negara itu mahukan negara terbabit menjadi sebuah republik.
Pendapat umum diburukkan lagi oleh dakwaan jenayah terhadap anak perempuan Juan Carlos dan suaminya dalam satu kes penyelewengan, akaun bank Swiss yang tidak dapat dijelaskan dan gaya hidup mewah termasuk lawatan ke Afrika, ketika krisis ekonomi melanda negara itu.
Media sosial merujuk warga Jerman Corinna zu Sayn-Wittgenstein sebagai perempuan simpanan raja, sekali gus menimbulkan permaisuri negara itu Ratu Sofia.
Juan Carlos disifatkan lelaki berkahwin yang sukakan semua perempuan tetapi memilih seorang daripadanya sebagai seorang isteri.
Keseluruhan kerabat diraja mengambil sikap berdiam terhadap perkara itu.
Ketika rakyat Sepanyol biasa berhadapan dengan hutang, pengangguran dan rasuah berleluasa dalam politik, aktiviti diraja itu mencetuskan penghinaan selepas beberapa tahun dihormati.
No comments:
Post a Comment