Korea Utara beri prasyarat rundingan damai
Askar Korea Selatan giat melakukan latihan darat di Semenanjung Korea.
PYONGYANG - Korea Utara dengan angkuhnya memberi pra syarat menuntut penarikan semula sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan meminta Korea Selatan dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat menamatkan latihan di Semenanjung Korea sekiranya, mereka berhasrat mengadakan rundingan bagi meredakan ketegangan.

Mengikut kepada laporan AP, kenyataan dikeluarkan Jabatan Suruhanjaya Pertahanan Pyongyang selepas tuntutan rundingan damai dari Washington dan Seoul ditolak sebulat suara.

Minggu lalu, Washington melalui Setiausaha Negaranya, John Kerry, sedia berbincang dengan Pyongyang namun negara pimpinan Kim Jong Il itu perlu membuat perjanjian pelucutan senjata sebagai menghormati hak negara antarabangsa.

Bagaimanapun, syarat tersebut tidak dipersetujui Pyongyang.