BAGHDAD 1 Mei - Gelombang keganasan di Iraq semakin parah selepas sekurang-kurang 460 kematian dicatatkan hanya pada bulan lalu sekali gus meningkatkan kebimbangan negara ini akan kembali kepada konflik perbezaan puak yang membelenggu sejak beberapa tahun lalu.
Menurut rekod AFP, pergolakan pada April lalu turut mengakibatkan 1,219 penduduk cedera berdasarkan angka yang dikeluarkan daripada sumber pihak perubatan dan keselamatan.
Antara yang terbunuh termasuk 54 anggota polis, 53 tentera, 14 anggota militia anti al-Qaeda, Sahwa dan dua anggota tentera Kurdish.
Majoriti baki mereka yang terbunuh dalam kekacauan itu adalah orang awam walaupun ia turut memasukkan senarai lelaki bersenjata yang terkorban dengan pasukan keselamatan. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130501/lu_11/460-kematian-dicatat-keganasan-di-Iraq-bulan-lalu#ixzz2S3UVrMFl
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment