Saturday, May 18, 2013

Apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada?

Apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada? Apakah perlembagaan negara kita menghalangnya? Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan. Tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik. Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur.

Sungguh angkuh!!! Ko dah lupa dari mana asal usul ko!!! Ini menunjukkan ko sememangnya lemah dalam kepimpinan dan tidak layak jadi Menteri Kabinet. Janganlah ingat bila dah jadi Menteri Kabinet boleh senang lenang tetapi tanggung jawab lagilah berat sebabnya nak jaga rakyat Malaysia yang ramainya lebih 28 juta orang bukannya 28 orang.

Ingat, tanggungjawab seorang pemimpin amat berat. Dosa rakyatnya juga sedikit sebanyak kene tanggung. Sama seperti menjadi pemimpin untuk keluarga, dosa anak bini suami tanggung..

No comments:

Post a Comment